Mengenai Kami

Angkasa Kita ialah sebuah blog yang menceritakan perihal alam semesta serta keajaiban disebaliknya dalam Bahasa Malaysia. Blog ini ditubuhkan sebagai usaha untuk melestarikan perkembangan ilmu mengenai astronomi dalam bahasa tempatan supaya dapat dicapai oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Kami juga seboleh-bolehnya akan cuba menyampaikan maklumat secara mudah dan santai agar penglibatan pembaca menjadi lebih berkesan dan positif, sekaligus memupuk minat dan galakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang ini.

Disebabkan blog ni kita nak buat santai, jadi tulisan pun banyak yang akan jadi tak formal dan mengikut acuan kami sendiri. Kalau korang tak faham atau takut nak baca artikel kitorang, jangan risau. Kami akan cuba terangkan dalam bahasa yang biasa kita cakap, dan jugak akan kurangkan perkataan yang terlampau canggih. Yang penting matlamat kami satu je, untuk ajak korang memahami apa yang ada kat langit serta berfikir betapa kecilnya kita dan betapa tersusunnya alam semesta kita. Jom Terokai Langit!