Temui Lohong Hitam yang Amat Besar – S5 0014+81

Temui Lohong Hitam yang Amat Besar – S5 0014+81

Ini ialah seketul lohong hitam raksasa (supermassive black hole) bernama S5 0014+81. Amat besar tu berapa besar? Tengok je gambar yang diilustrasikan pelukis tu. Saiz sistem suria kita kat tengah-tengah tu. Meh sini nak kasitau berapa besar dan beratnya benda ni.

Ciri-ciri Ukuran Nota
Jisim 40 bilion kali ganda lagi berat dari jisim matahari Jisim matahari adalah hampir 2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 kg
Diameter 236.39 bilion km Bersamaan 1580 AU – 1580 kali jarak Bumi ke Matahari

Kalau jisim matahari pun dah dekat 2 quintilion kilogram, cuba bayangkan jisim lohong hitam ni yang 40 bilion kali ganda lagi berat dari jisim matahari. Lebar diameter dia pun seribu setengah kali ganda jarak dari matahari ke bumi. Benda ni lagi berat dan lebar dari korang walaupun korang rasa korang dah gemuk. Boleh fikir tak betapa keciknya kita berbanding benda-benda ni :’)

Jisim dan berat tak sama. Jisim ialah berapa banyak jirim (matter) yang boleh memenuhi ruang dalam sesuatu objek. Berat ialah jisim sesuatu objek tu dipengaruhi daya tarikan graviti. Senang cerita, kalau korang timbang diri korang kat bumi dengan kat bulan, jisim korang takkan berubah tapi berat korang akan berubah di dua tempat tersebut.
AU ialah singkatan bagi Astronomical Unit. 1 AU bersamaan dengan jarak Bumi ke Matahari, iaitu hampir 150 juta kilometer.

Zerocchi

Meminati bidang astronomi dan angkasa lepas sejak kecil. Gemar berkongsi perkara-perkara mengagumkan berkenaan alam semesta dalam bahasa yang santai dan mudah difahami.

0 0 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments