Jarak oh Jarak

Jarak oh Jarak

Hari ini kita nak bermain dengan nombor sikit. Sikit je tak banyak. Pernah tak korang terfikir berapa jarak dari rumah korang ke Kuala Lumpur? Kalau dari tempat saya, mungkin dalam 160 kilometer dan mengambil masa dua jam, atau mungkin lebih, bergantung kepada trafik. Katakanlah trafik bergerak lancar dan saya bergerak 80 km/j tak lebih tak kurang, bermakna saya akan tiba di KL tepat pada 2 jam berikutnya. Perasan tak kita boleh tentukan jarak menggunakan kilometer ataupun jam? Haa sebab lepas ni kita nak sentuh pasal ni.

Okay lepas dah fikir jarak dari rumah ke KL (melainkan rumah korang kat KL la kan), cuba fikir jarak rumah korang ke New York pulak. Saya Google tadi, jarak dia dalam 15,000 km. Jauh kan? Berapa pulak masa diambil nak sampai ke situ agaknya. Jarak ke Buenos Aires? 16,000 km. Haa ini baru kat bumi. Apa kata kita kira jarak dari bumi ke objek-objek samawi pulak. Sebagai contoh, berapa jarak dari planet kita ke bulan? Secara purata, jaraknya adalah dalam sekitar 384,400 km. Berkali-kali ganda dari jarak kat atas muka bumi tadi. Jarak ke Marikh? 54.6 juta km. Jarak ke matahari? 149.6 juta km.

Ini baru jarak objek-objek yang terdekat dengan kita. Itupun dah berjuta-juta kilometer. Sebab tu kita tak pakai kilometer bila kita kira jarak objek samawi. Susah nak baca bila kita kena taip 40^12 km ataupun 12.54^22 km. Jadi untuk mengatasi masalah ini kita pakailah satu ukuran yang dipanggil tahun cahaya. Benda ni senang je. Kelajuan cahaya ialah dalam 300,000 km sesaat. Satu tahun cahaya bermakna berapa jauh cahaya tu melintasi laluan kedap udara (vacuum) dalam setahun. Jadinya kita ambik kelajuan cahaya tu, kita darabkan dengan setahun. Hasilnya, 1 tahun cahaya bersamaan lebih kurang 10 trillion km (1,000,000,000,000 km).

Macam kita cakap kat atas tadi, kita boleh ukur jarak dengan ukuran jarak (m/km) ataupun ukuran masa (minit/jam/tahun). Jadi kat sini kita guna ukuran masa je sebab senang. Kalau tengok perkiraan kat atas tadi dah cecah trillion km, tapi jarak matahari baru million km. Jadi berapa je jarak matahari kalau ikut unit tahun cahaya? Cahaya matahari mengambil masa 8.3 minit untuk sampai ke bumi jadi kita boleh cakap jarak antara bumi dan matahari ialah 8.3 minit cahaya. Bulan? 1.3 saat cahaya. Pluto? 5 jam cahaya.

Alpha Centauri? 4.37 tahun cahaya.

Sirius? 8.61 tahun cahaya.

Arcturus? 36.66 tahun cahaya.

Antares? 619.7 tahun cahaya.

Deneb? 2,616 tahun cahaya.

Titik tengah galaksi Bima Sakti? 25 ribu tahun cahaya.

Galaksi Andromeda? 2.5 juta tahun cahaya.

Galaksi Whirlpool? 23.16 juta tahun cahaya.

MACS0647-JD? 13.3 billion tahun cahaya.

Jarak hati awak ke hati saya? Tiada siapa tahu 😌

Zerocchi

Meminati bidang astronomi dan angkasa lepas sejak kecil. Gemar berkongsi perkara-perkara mengagumkan berkenaan alam semesta dalam bahasa yang santai dan mudah difahami.

0 0 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Raito
Raito
1 year ago

I found this article interesting thanks. We can’t really measure the distance of the article writer’s heart but we can measure MACS0647-JD distance ✨ Benar-benar mengagumkan 😯

%d bloggers like this: